Monday, August 31, 2009

gathering plan


Lynn in pink shirt, my girl Ida on her left. Me in yellow, AinD on my left, Bedul on my right, Kom dan yang paling comel sebelah kanan gambar is Boy.


After Lynn balik dari France haritu, me and Ida plan nak gather balik budak2 class kitorang masa form 1 till form 3 dulu.. So dibantu oleh Boy dan Lynn, kami berjaya buat gathering kecil kecilan di Naili's Place, Ampang. Haritu jugak kitorang buat meeting sekali untuk plan gathering yang lebih besar nak angkut semua satu kelas datang. Memang agak susah nak gather 35 orang sekaligus tapi kami akan cuba jugak bagi boleh.

Seronok dapat jumpa balik after 2003, after 6 years. And tengok perubahan semua orang. Updates semua orang. To be honest, I was surprise when Boy cakap yang Bedul akan datang. Sebab dulu masa sekolah dia and the gang memang anti dengan budak perempuan and personally dia memang tak banyak cakap. Tapi bila dia datang dan sama2 eager nak plan for the next gathering and cerita macam2.. i'm so impressed. haha..and for once, I'm happy that people changed. For good.

Kom agak diam haritu.Tapi seingat saya dia memang lambat panas. Kalau dah panas baru dia bising.haha. Boy, what can I say, kalau takde dia memang semua benda tak jadi. Pendek kata Boy memang orang penting lah. Dialah kepala. Even if he don't want to be one, dia akan automatic jadi kepala jugak.haha.

Cuma the problem is still, is to get the venue for the gathering. Hopefully sapa2 yang rajin pergi makan di luar saya minta tolong suggest tempat berbuka untuk gathering kami. =)

Sunday, August 30, 2009

lamanya saya tak tengok bola

Baru saya sedar. Sejak2 Saniy intern dah takde orang update saya pasal bola. Dulu sebelum Saniy ada encik halim tukang update pasal Arsenal punya cerita2 baru. Tapi selepas saya kena sound dengan girlfriend dia saya dapat news2 basi sahaja dan lepas tu terus satu news pun takda. Sebab yang susahnya kawan2 perempuan tak ramai minat bola. Kalau ada pun semua penyokong2 ManU belaka. Sopannya ayat saya kan. Sebab kena careful with words. ramai peminat ManU disekeliling nih sebenarnya.*toleh kiri kanan*


Masa kat Melaka dulu senior2 bilik semua kaki bola. And most importantly semua ManU haters. So I'm in the right tribe lah. Masa tu Lehman kesayangan saya dan juga Dennis Bergkamp belum lagi bersara dan Henry yang disanjungi masih menjadi Captain. Oh mungkin bukan Henry masa tu Patrick Viera. Tak kisah la saya memang dah lupa pun.

Datang cyber kalau ada geng pergi kalau takde tak pegi. selalunya tak pergi lah. Tengok kat website atau cerita2 orang je. So nak dijadikan cerita. semalam saya tengok match ManU Arsenal. Gila babi macam orang sewel jerit sorang2 dalam bilik tv.Sangat pathetic kan..T_T..


fletcher tackle arshavin dalam penalty box ref buat taktau wtfish!


ref menggelabah


arsene wenger disuruh keluar padang


almunia tetap handsome walaupun GG..T_T..


Saya takmau cerita apa berlaku sebab suma orang tau referee bodoh itu telah menyebabkan Arsenal kalah dengan penalty Rooney yang tak patut dan own goal Diaby yang sangat cantik.

Saya sangat anti dengan Rooney. dan Ronaldo of course! (tapi nasib baik sekarang dia dah tiada). So dosa saya sedikit berkurangan season ni. Dan saya sangat suka pemain baru Bendtner. Saya tak tau nak explain guna term2 bola tapi saya tau dia seorang yang ada banyak potential. Juga Vela,Walcott, Ramsey,Samir Nasri.Diorang semua sangat macam memberi harapan masa depan Arsenal yang cerah (walaupun kadang2 harapan palsu) and of course Arshavin. Yang jugak consistent dan bakal saya sanjungi seperti Henry.

So lepas ni tunggu second match dengan ManU walaupun agak cliche bunyinya sebab sebagai seorang yang realistic saya tahu agak susah la sebenarnya nak menang lawan ManU tapi tak mustahil. Saya masih menaruh hrapan, lagi2 Ben Foster yang jadi keeper..hahaha.tak saya tak pandang rendah Ben Foster okey. Cuma saya lebih gerun kalau Van Der Sar yang jadi pakgad =D

Saya pun tak tahulah apa nasib malang kalau saya tengok match tu mesti tak menang. Tapi time saya tak tengok baru laah match best gila babi macam masa Arsenal kenduri 6-0 aritu ada minachi tengok cerita Tamil kat bilik tv. Tak heran lah lawan dengan siapa pun kan. Menang tetap menang. 1-0 pun menang.70-0 pun menang jugak.hee.okelah. dah taktau nak membebel ape lagi.Kembali study untuk peperiksaan hari selasa nanti.

oh ya selamat pagi semua. semoga puasa hari ini lebih baik dari puasa sebelum2nya. walaupun saya dah kurang pahala 10 percent kepada referee bodoh pagi tadi.. .opss.

okey sekarang 11% dah.. T_T..daa~

i miss dancing..

This academic year I'm no longer involved in SAKTI for the reason nak concentrate study.. actually taklah sangat pun.. i just don't feel like dancing for now.. but after religiously watching so you think you can dance.. rasa macam rindu gila nak menari.. =P

I'm not a good dancer..AT ALL.. I'm the kind of person yang 'mesti kena ajar step step dan practise berpuluh2 kali baru boleh dance' type of person.. bukan yang natural yang dengar lagu je boleh move kind of person.. but somehow I love doing it.. the feeling is like macam feeling saya main bola baling and masuk band masa form 3 dulu.. sangat fulfilling.. hahaha.. maybe those are things that i'm good at or at least i love doing.. which setiap orang mesti ada something yang their very passionate at kan..=)

Saya pun pelik kenapa saya boleh ada interest for dancing.. baru saya tau rupa2nya mama dulu pun pernah menari.. siap dapat offer jadi dancer for istana budaya lagi.. tapi mama cakap masa tu dia dah engaged dengan ayah then ayah bagi surat cinta cakap tak payah la jadi dancer.. takkan nak menari sampai tua.. dia tak berapa suka.. so lepas tu mama tak terima offer tu dan sambung balik kerja kat Yellow Pages.. now i know why i'm interested with dancing...=P

okey back to SYTYCD tadi.. among all of the dance, yang saya teringin sangat nak buat is the Bollywood dance.. hehe..macam tak payah tengok SYTYCD kan.. baik tengok cte hindustan je..=P

Season previous saya suka "Dhoom Thana" danced by Katee and Joshua. Dahla saya suka gila lagu 'Dhoom Thana dan Om Shanti Om'. Hehehe.. Kalau choreography untuk rancangan orang putih ni.. dia lain sikit dari yang dalam cerita2 hindustan.. dia tak hindustan sangat.. sebab original hindustan punya memang kena ada natural rhythm dia which only Indians can do it perfectly and beautifully.. kalau yang dichoreograph untuk SYTYCD ni saya nampak macam dah ada fusion sikit so lebih senang.. thats why saya suka..=P



Katee and Joshua


Then Season 5 pulak season yang baru ni, saya sangat blown away by the dance "Dholna" by theTop 5 girls. Saaaangat blown away okey. Sumpah teringin gila nak menari macam tu.





Step dia pun bukanlah susah sangat. So buat masa sekarang saya melompat2 je lah sorang2 dalam bilik.. tapi kalau roomate ada tak lah.. segan.segan.=P=P

Haritu masa join rehearsal untuk event apa tah dengan budak2 SAKTI dulu ada ternampak 2 orang minah India ni cantik gila menari. Nanti kalau ada masa saya nak pergi cari dan paksa diorang ajar saya menari tarian India..hehe.ookey.cukup2 pasal menari. daa~

Saturday, August 29, 2009

Tips: Losing weight

Losing weight tak semestinya untuk kelihatan cantik semata-mata. I'ts more to individual health and self confidence. Lagipun umur-umur belasan tahun sampai mid-twenties ni la nak jaga berat badan. kalau dah umur 30 tahun ke atas and dah berkahwin nanti metabolisma pun dah kurang and kalau perempuan after preggie and gave birth semua memang susah la nak turun balik.

Lelaki pun sama, banyak lecturer handsome dekat MMU ni yang saya tengok sungguh kacak 3 tahun yang lalu sekarang telah berubah bentuk. Dari V ke A, V ke H atau even V ke O..=D 
So sebelum kita sampai keumur tersebut apa salahnya mencuba kan.=)

**Word of precaution, I'm not a dietician or anything. Apa yang saya suggest hanyalah berdasarkan pengalaman sendiri. Dan yang berkesan untuk saya. So better tahu diri anda dulu sebelum memilih yang mana yang baik untuk anda.

Ada beberapa cara yang saya cuba dulu. Sila Lihat dibawah.


Say NO to NASI

1. Low Carbs Diet. 
The MOST important thing you have to avoid adalah NASI. Yes RICE. It's all about carbs my darlings. It's proven the ultimate enemy to anyone who are watching their weight. Memanglah lain orang lain,ada yang tak boleh banyak carbs, ada yang kena kurangkan gula, atau lemak atau coklat. Tapi for MOST OF THE CASES memang NASI lah puncanya. betul ni tak tipu.

So kalau sesiapa yang tak boleh takde nasi tu kurangkan lah pengambilannya. Mula-mula kurangkan kepada satu kali sehari. Lepas tu try 2 kali sehari baru makan nasi. Lama-lama korang pun takkan rasa nak makan nasi sangat dah. Opt for mee ke kuey tiow, bihun sup, anything aside from nasi. Jangan pergi ganti nasi dengan chicken chop ke carbonara ke macaroni and cheese pulak. Selamatlah kalau macamtu.


2. Soy-based Diet
Ada one time saya cuba cara ni. Berhasil jugak. Cuma makan benda-benda berasaskan tempe. Selalunya masa bulan puasalah senang dapat. Menunya,

Air Soya
Tau FuFa
Sambal Tauhu
Tempe (goreng/sambal/sayur dsbg)
Then campurlah dengan sayur-sayur lain.

3. Vege diet
Saya jugak pernah cuba makan sayur sahaja. Ni masa di matriks sebab makcik kedai makan tu masak semua jenis sayur yang sangat sedap. Orang yang tak makan sayur pun akan jadi suka. Saya akan beli 3 jenis sayur yang berlainan untuk lunch. Sayur campur, sawur sawi, baby kailan, kacang panjang. Kadang-kadang makcik tu campur dengan tempe atau mushroom atau hati atau paru. Tapi saya tak ambillah hati dan paru.
Lepastu setiap kali order air mesti jus buah, atau teh 0 ais limau, limau ais atau sirap limau.
Dan saya akan pastikan ada banyak bekalan buah oren, epal nenas dan macam-macam jenis buah lagi dalam bilik saya. Tapi sebenarnya cara ni pun agak lambat sikit lah kadar penurunan berat.





4. Herbal Tea
Actually banyak option herbal tea yang kita boleh dapat dipasaran sekarang. Tapi saya nak suggestkan Teh Orang Kampung sebab saya dah pernah cuba.

Teh Orang Kampung ni dah di approve oleh SIRIM. atau apalah jabatan yang approve saya tak sure. Tapi selamat lah.Walaupun ada one time saya tak suggest kawan-kawan saya ambik benda ni atas beberapa side effect. Tapi ni saya nak betulkan balik. Actually dia TIADA pun side effect.

Okey, kerjanya teh ni, dia akan buang semua toksin dan lemak dalam badan. By means dia buang SEMUA actually. And duration untuk anda membuang segala-galanya tu adalah 9hours after you consume it. So you might consider few things la sebelum minum. Jangan pukul 8 pagi ada exam pukul 11 malam beforenya baru nak minum . And dia tak bagi warning. bila rasa sakit perut je terus la pergi toilet. Jangan tengah main game depan PC nak tunggu-tunggu kejap memang takdapat lah. Kalau dah sakit perut tu terus jela pergi kalau tak memang selamat anda disitu. Dan dia akan keluar berulang-ulang kali. Satu peket mungkin membuatkan anda membuang maximum 4 kali.

Tu satu kelemahan la sebab saya pernah minum NH Detoxlim Clenx Tea. Ia tak menyebabkan anda sakit perut. Anda hanya rasa hendak membuang dan kemudian anda boleh tentukan sendiri bila anda nak pergi membuang. Kalau anda tengah race pet kat Pet Society pastu kalah dan nak race sekali lagi pun takde hal. Dan anda hanya membuang sekali sahaja untuk satu peket. Rasanya pulak, memang memerlukan kecekalan hati yang tinggi untuk ditelan. Dan perbezaan ini datang dalam bentuk harga. TOK - RM21.80 Clenx Tea - RM28.80.

Bila kerap ketoilet anda mungkin akan berasa penat.Oleh itu saya sarankan sila minum air dengan banyak kalau anda ambik teh orang kampung ni.

Saya prefer TOK dari Clenx Tea sebab, bila anda selalu membuang, anda rasa puas hati sebab anda dah buang banyak benda tak bagus dari dalam badan. So psychologically bagus lah. And dia tak berterusan. Katalah anda ambik for the first month. Memang sangat kerap membuang, tapi lepas beberapa bulan, or for some people beberapa minggu, anda akan kurang membuang, sebab dah tak banyak lemak untuk dibuang.

Banyaknya perkatan buang..=P





5. EXERCISE
Ni cakap tak serupa bikin jugak ni. Saya pun selalu mengelat bila part exercise tapi saya bernasib baik masa saya dalam proses menurunkan berat badan saya involve dalam kawad kaki KRS dan kebetulan lepas keluar hostel rumah saya ke sekolah memerlukan saya naik dua bas dan jalan kaki yang agak banyak. Masa saya Foundation year di Melaka pulak saya duduk di tingkat empat dan banayk berjalan kaki jugak. So itu menjadi salah satu exercise jugaklah.



Yang saya TIDAK sarankan adalah:

1.Biskut berserat tinggi yang membuatkan anda kenyang.
Which anda akan dapati yang anda tidaklah sekenyang mana dan rasa nak mana benda lain jugak dan lepas makan akhirnya kecewa sebab diet dah rosak.

2.Minuman yang membuatkan anda rasa kenyang jugak yang kandungannya konon-konon boleh menggantikan satu menu satu hari either lunch atau dinner.
Contoh macam Herbalife lah. Sama jugak kesnya macam tadi. Nanti anda akan dapati bahawa anda still rasa nak makan benda lain. Tapi ada jugak kawan-kawan yang dah cuba and berjaya turun few kilos in a couple of months. Cuma kalau berhenti consume anda akan balik keberat asal kalau tak jaga dan harganya pun anda boleh beli bekalan herbal tea selama setahun. Oh and lagi satu saya notice, Herbalife akan bagi side effect yang ketara - iaitu muka akan berjerawat. Tapi macam saya cakap, ada juga yang berjaya. Depends on individu juga.

3. Smoking.
Cara menguruskan badan dengan merokok ni memang sangat bullshit. Saya sebenarnya sangat menyampah dengan orang yang smoking. Saya tau ada yang memang bila start smoke berat badan turun tapi lepas tu dapat segala macam penyakit semua. Ada juga kawan-kawan perempuan merokok tapi saya tak kisah sebab saya tahu orang perempuan boleh kawal. Diorang boleh on off keinginan nak merokok. Cuma orang lelaki yang kononnya susah gila nak quit smoking. Diorang ni daya ketahanan mental diorang kurang. Kalau lambat makan sikit jadi grumpy. Kalau takda rokok jadi grumpy. senang betul naik darah. Takda self-resistance yg kuat. Mentally weak sebenarnya. Silalah marah saya tak peduli.

4.Excessive work-outs.
Jangan pulak terlampau exercise berjam-jam sehari. Kalau dapat injuries ceriata lain pulak. Ingat kita nak pakai badan kita ni lama lagi InsyaAllah. So might as well jagalah mereka baik-baik.

Sebab saya tak sarankan perkara diatas adalah,

Saya suka makan. Saya tahu semua orang suka makan. So dengan menahan untuk tidak makan bukan lah satu option bagi saya. So caranya, jangan tahan makan. Makan saja tapi pilihla jenis makanan dan lepas tu buang yang tak perlu dengan bantuan herbal tea. Itu lagi better. Again, thats only my point of view lah.



Saya include sekali pyramid makanan walaupun saya tau ramai orang dah tahu.

So selamat mencuba dan selamat berpuasa semua! =)

Thursday, August 20, 2009

jadual peperiksaan


Yaaaaa...Saya sangat happy..!!
Gabnya tidaklah begitu lebar. Tapi tak pedulilah..asalkan ada GAB!
Oleh yang demikian anda akan lihat saya tersenyum dengan agak lebar juga sem ni.

Ehh.. tak boleh lebar sangat. Minip masih ada untuk dirisaukan dengan serius.

Tapi nak senyum jugak boleh..?

anda sedar yang anda dah tua bila..

  • anda pergi ke 7E atau kedai runcit atau shopping complex atau kedai makan atau mana2 lah tempat yang berurusan dengan orang lain.. anda sudah dipanggil 'kak' atau 'miss' atau 'cik' atau 'puan' atau apa2 ajelah yang pasti anda tidak lagi dipanggil "ye dik nak ape" atau bila anda panggil orang dikaunter tu 'kak' dia akan tarik muka semacam.
  • anda cepat pancit. kalau dulu boleh lari padang beberapa round dengan rilexnyer. sekarang naik tangga empat tingkat pun sudah semput.
  • sedara mara dah mula tanya ''dah habis belajar ke?'' atau "dah kerja ke?".
  • anda dah mula guna ayat "apa nak jadi budak2 zaman skarang nih" sambil menggeleng2 kepala.
  • anda sudah tak dapat diskaun tengok wayang atau masuk sunway lagoon.
  • adik2 lelaki anda kesemuanya telah lagi tinggi dari anda atau sudah berjanggut atau dah ada girlfriend.
  • lelaki2 yang mengorat anda semua bukan lagi ala2 Zac Efron.. tapi lebih kepada Rosyam Noor.
  • anda mula suka kanak2 walaupun dulu punyalah annoying dengan budak kecil.
  • anda sudah tidak lagi dihalau keluar dari kedai2 seperti "I Need House" di Midvalley atau diminta keluarkan IC bila nak masuk kepanggung cerita 18sx,pl,pg dan sebagainya.
  • anda dah sibuk nak makan ulam-ulaman
  • spare tyre di perut semakin susah nak hilang.
  • anda sudah tidak dapat duit rayaaa...=(
  • anda mula berfikir2 apa lagi nak tambah dalam post ni..hehehe
saya? saya tidak tua.. saya hanya "menginjak dewasa".. =D

Friday, August 14, 2009

tidur


dah 3 hari berturut-turut tidur pukul 5 ape cerita ni..T_T... siapa2 tolong saya plisss....!!!!!! =((=((

i miss him


I was deleting old pictures from my pc when i found this pic. Hehe. I love this pic. Brown shell and white shell.... Somehow i felt guilty deep down. To lose a person like him........................................... hmm.... Hope one day he'll forgive me and we can be friends again. I'm grateful that I used to be around such a great person and wishing that someday I'll have a chance to be around somebody like him..again..

hahaha..dya emo..
tettt...
mahu tdur sekarang..
off~

Wednesday, August 12, 2009

random lagi

Saya tau dah basi dah tapi saya baru tengok so kasi can okey.

Jeanine Mason is the new America's Favorite Dancer!!

For the first time, contestant yang saya suka dari mula end up winning the competition.
Yeay!


Saya tak mau cerita panjang2 sebab most of my friends tak ikut pun So You Think You Can Dance Season 5. Saya sorang je tengok.
Saya tau.=P

Aran start trial PMR hari ni. Tiba-tiba teringat saya kena marah dengan mama masa cuti haritu sebab tak ajar Aran math.

Kenapa saya pulak yang kena marah sebab tak mengajar?!
Kenapa bukan Aran yang kena marah sebab tak belajar?
Siapa yang nak PMR sekarang?
Saya confuse T_T..



Saya suka gambar ni. Kesian Mr control handsome kena pakai mask pergi sekolah H1N1 punya pasal.hahaha.

To my youngest brother yang disayangi..

Good Luck trial PMR!

You can do better than Me, Abang and Memi.

Sesiapa nak beli alat make-up yang bagus dan lebih murah dari harga retail sila click disini ;)
 

dyazStuffs Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Online Shop Vector by Artshare