Saturday, August 29, 2009

Tips: Losing weight

Losing weight tak semestinya untuk kelihatan cantik semata-mata. I'ts more to individual health and self confidence. Lagipun umur-umur belasan tahun sampai mid-twenties ni la nak jaga berat badan. kalau dah umur 30 tahun ke atas and dah berkahwin nanti metabolisma pun dah kurang and kalau perempuan after preggie and gave birth semua memang susah la nak turun balik.

Lelaki pun sama, banyak lecturer handsome dekat MMU ni yang saya tengok sungguh kacak 3 tahun yang lalu sekarang telah berubah bentuk. Dari V ke A, V ke H atau even V ke O..=D 
So sebelum kita sampai keumur tersebut apa salahnya mencuba kan.=)

**Word of precaution, I'm not a dietician or anything. Apa yang saya suggest hanyalah berdasarkan pengalaman sendiri. Dan yang berkesan untuk saya. So better tahu diri anda dulu sebelum memilih yang mana yang baik untuk anda.

Ada beberapa cara yang saya cuba dulu. Sila Lihat dibawah.


Say NO to NASI

1. Low Carbs Diet. 
The MOST important thing you have to avoid adalah NASI. Yes RICE. It's all about carbs my darlings. It's proven the ultimate enemy to anyone who are watching their weight. Memanglah lain orang lain,ada yang tak boleh banyak carbs, ada yang kena kurangkan gula, atau lemak atau coklat. Tapi for MOST OF THE CASES memang NASI lah puncanya. betul ni tak tipu.

So kalau sesiapa yang tak boleh takde nasi tu kurangkan lah pengambilannya. Mula-mula kurangkan kepada satu kali sehari. Lepas tu try 2 kali sehari baru makan nasi. Lama-lama korang pun takkan rasa nak makan nasi sangat dah. Opt for mee ke kuey tiow, bihun sup, anything aside from nasi. Jangan pergi ganti nasi dengan chicken chop ke carbonara ke macaroni and cheese pulak. Selamatlah kalau macamtu.


2. Soy-based Diet
Ada one time saya cuba cara ni. Berhasil jugak. Cuma makan benda-benda berasaskan tempe. Selalunya masa bulan puasalah senang dapat. Menunya,

Air Soya
Tau FuFa
Sambal Tauhu
Tempe (goreng/sambal/sayur dsbg)
Then campurlah dengan sayur-sayur lain.

3. Vege diet
Saya jugak pernah cuba makan sayur sahaja. Ni masa di matriks sebab makcik kedai makan tu masak semua jenis sayur yang sangat sedap. Orang yang tak makan sayur pun akan jadi suka. Saya akan beli 3 jenis sayur yang berlainan untuk lunch. Sayur campur, sawur sawi, baby kailan, kacang panjang. Kadang-kadang makcik tu campur dengan tempe atau mushroom atau hati atau paru. Tapi saya tak ambillah hati dan paru.
Lepastu setiap kali order air mesti jus buah, atau teh 0 ais limau, limau ais atau sirap limau.
Dan saya akan pastikan ada banyak bekalan buah oren, epal nenas dan macam-macam jenis buah lagi dalam bilik saya. Tapi sebenarnya cara ni pun agak lambat sikit lah kadar penurunan berat.





4. Herbal Tea
Actually banyak option herbal tea yang kita boleh dapat dipasaran sekarang. Tapi saya nak suggestkan Teh Orang Kampung sebab saya dah pernah cuba.

Teh Orang Kampung ni dah di approve oleh SIRIM. atau apalah jabatan yang approve saya tak sure. Tapi selamat lah.Walaupun ada one time saya tak suggest kawan-kawan saya ambik benda ni atas beberapa side effect. Tapi ni saya nak betulkan balik. Actually dia TIADA pun side effect.

Okey, kerjanya teh ni, dia akan buang semua toksin dan lemak dalam badan. By means dia buang SEMUA actually. And duration untuk anda membuang segala-galanya tu adalah 9hours after you consume it. So you might consider few things la sebelum minum. Jangan pukul 8 pagi ada exam pukul 11 malam beforenya baru nak minum . And dia tak bagi warning. bila rasa sakit perut je terus la pergi toilet. Jangan tengah main game depan PC nak tunggu-tunggu kejap memang takdapat lah. Kalau dah sakit perut tu terus jela pergi kalau tak memang selamat anda disitu. Dan dia akan keluar berulang-ulang kali. Satu peket mungkin membuatkan anda membuang maximum 4 kali.

Tu satu kelemahan la sebab saya pernah minum NH Detoxlim Clenx Tea. Ia tak menyebabkan anda sakit perut. Anda hanya rasa hendak membuang dan kemudian anda boleh tentukan sendiri bila anda nak pergi membuang. Kalau anda tengah race pet kat Pet Society pastu kalah dan nak race sekali lagi pun takde hal. Dan anda hanya membuang sekali sahaja untuk satu peket. Rasanya pulak, memang memerlukan kecekalan hati yang tinggi untuk ditelan. Dan perbezaan ini datang dalam bentuk harga. TOK - RM21.80 Clenx Tea - RM28.80.

Bila kerap ketoilet anda mungkin akan berasa penat.Oleh itu saya sarankan sila minum air dengan banyak kalau anda ambik teh orang kampung ni.

Saya prefer TOK dari Clenx Tea sebab, bila anda selalu membuang, anda rasa puas hati sebab anda dah buang banyak benda tak bagus dari dalam badan. So psychologically bagus lah. And dia tak berterusan. Katalah anda ambik for the first month. Memang sangat kerap membuang, tapi lepas beberapa bulan, or for some people beberapa minggu, anda akan kurang membuang, sebab dah tak banyak lemak untuk dibuang.

Banyaknya perkatan buang..=P





5. EXERCISE
Ni cakap tak serupa bikin jugak ni. Saya pun selalu mengelat bila part exercise tapi saya bernasib baik masa saya dalam proses menurunkan berat badan saya involve dalam kawad kaki KRS dan kebetulan lepas keluar hostel rumah saya ke sekolah memerlukan saya naik dua bas dan jalan kaki yang agak banyak. Masa saya Foundation year di Melaka pulak saya duduk di tingkat empat dan banayk berjalan kaki jugak. So itu menjadi salah satu exercise jugaklah.



Yang saya TIDAK sarankan adalah:

1.Biskut berserat tinggi yang membuatkan anda kenyang.
Which anda akan dapati yang anda tidaklah sekenyang mana dan rasa nak mana benda lain jugak dan lepas makan akhirnya kecewa sebab diet dah rosak.

2.Minuman yang membuatkan anda rasa kenyang jugak yang kandungannya konon-konon boleh menggantikan satu menu satu hari either lunch atau dinner.
Contoh macam Herbalife lah. Sama jugak kesnya macam tadi. Nanti anda akan dapati bahawa anda still rasa nak makan benda lain. Tapi ada jugak kawan-kawan yang dah cuba and berjaya turun few kilos in a couple of months. Cuma kalau berhenti consume anda akan balik keberat asal kalau tak jaga dan harganya pun anda boleh beli bekalan herbal tea selama setahun. Oh and lagi satu saya notice, Herbalife akan bagi side effect yang ketara - iaitu muka akan berjerawat. Tapi macam saya cakap, ada juga yang berjaya. Depends on individu juga.

3. Smoking.
Cara menguruskan badan dengan merokok ni memang sangat bullshit. Saya sebenarnya sangat menyampah dengan orang yang smoking. Saya tau ada yang memang bila start smoke berat badan turun tapi lepas tu dapat segala macam penyakit semua. Ada juga kawan-kawan perempuan merokok tapi saya tak kisah sebab saya tahu orang perempuan boleh kawal. Diorang boleh on off keinginan nak merokok. Cuma orang lelaki yang kononnya susah gila nak quit smoking. Diorang ni daya ketahanan mental diorang kurang. Kalau lambat makan sikit jadi grumpy. Kalau takda rokok jadi grumpy. senang betul naik darah. Takda self-resistance yg kuat. Mentally weak sebenarnya. Silalah marah saya tak peduli.

4.Excessive work-outs.
Jangan pulak terlampau exercise berjam-jam sehari. Kalau dapat injuries ceriata lain pulak. Ingat kita nak pakai badan kita ni lama lagi InsyaAllah. So might as well jagalah mereka baik-baik.

Sebab saya tak sarankan perkara diatas adalah,

Saya suka makan. Saya tahu semua orang suka makan. So dengan menahan untuk tidak makan bukan lah satu option bagi saya. So caranya, jangan tahan makan. Makan saja tapi pilihla jenis makanan dan lepas tu buang yang tak perlu dengan bantuan herbal tea. Itu lagi better. Again, thats only my point of view lah.



Saya include sekali pyramid makanan walaupun saya tau ramai orang dah tahu.

So selamat mencuba dan selamat berpuasa semua! =)

5 comments:

Tashu Faiz said...

teringat ko kater pasal makan bnda pedas tgh2 malam utk wat perot sebu sepanjang siang... hehh

Nadira R said...

ade ke aku cakap camtu? hahaha..aku pon lupe..:P:P

Anonymous said...

Entry paling bodoh tak ber ilmiah yg pernah aku baca.hahahaha.hoi sila2 la bc bhan ilmiah pasal nutrisi. Bc simplyshredded.com misalny.apaka bodoh ko ni ajar benda bodo kat orang.hahaha

Nadira R said...

haha okey anonymous

bincang2u said...

Betul apa yg dia cakap sbb untuk diet sempurna jangan skip meals. Makan macam biasa cuma dlm kuantiti yang kurang dari biasa dan cara masakan lebih kpd bakar, rebus atau grill.

 

dyazStuffs Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Online Shop Vector by Artshare