Thursday, August 20, 2009

anda sedar yang anda dah tua bila..

  • anda pergi ke 7E atau kedai runcit atau shopping complex atau kedai makan atau mana2 lah tempat yang berurusan dengan orang lain.. anda sudah dipanggil 'kak' atau 'miss' atau 'cik' atau 'puan' atau apa2 ajelah yang pasti anda tidak lagi dipanggil "ye dik nak ape" atau bila anda panggil orang dikaunter tu 'kak' dia akan tarik muka semacam.
  • anda cepat pancit. kalau dulu boleh lari padang beberapa round dengan rilexnyer. sekarang naik tangga empat tingkat pun sudah semput.
  • sedara mara dah mula tanya ''dah habis belajar ke?'' atau "dah kerja ke?".
  • anda dah mula guna ayat "apa nak jadi budak2 zaman skarang nih" sambil menggeleng2 kepala.
  • anda sudah tak dapat diskaun tengok wayang atau masuk sunway lagoon.
  • adik2 lelaki anda kesemuanya telah lagi tinggi dari anda atau sudah berjanggut atau dah ada girlfriend.
  • lelaki2 yang mengorat anda semua bukan lagi ala2 Zac Efron.. tapi lebih kepada Rosyam Noor.
  • anda mula suka kanak2 walaupun dulu punyalah annoying dengan budak kecil.
  • anda sudah tidak lagi dihalau keluar dari kedai2 seperti "I Need House" di Midvalley atau diminta keluarkan IC bila nak masuk kepanggung cerita 18sx,pl,pg dan sebagainya.
  • anda dah sibuk nak makan ulam-ulaman
  • spare tyre di perut semakin susah nak hilang.
  • anda sudah tidak dapat duit rayaaa...=(
  • anda mula berfikir2 apa lagi nak tambah dalam post ni..hehehe
saya? saya tidak tua.. saya hanya "menginjak dewasa".. =D

2 comments:

SyMacKz said...

ahaha..mmg kte da tua pon..
satu soalan je terlupa..
bile nk kahwin? tu soalan paling pedas skali bg seorg wanita huhu.. ;)

dya said...

ooo..i tak tulis ek? eh eh..tapi i belum penah dapat lagi soklan tu..hahaha..tapi kan..kalau dapat soklan tu nanti..gila la punya tua dah rasenye!!! nooooo!!! :P:P:P

 

dyazStuffs Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Online Shop Vector by Artshare