Sunday, August 30, 2009

lamanya saya tak tengok bola

Baru saya sedar. Sejak2 Saniy intern dah takde orang update saya pasal bola. Dulu sebelum Saniy ada encik halim tukang update pasal Arsenal punya cerita2 baru. Tapi selepas saya kena sound dengan girlfriend dia saya dapat news2 basi sahaja dan lepas tu terus satu news pun takda. Sebab yang susahnya kawan2 perempuan tak ramai minat bola. Kalau ada pun semua penyokong2 ManU belaka. Sopannya ayat saya kan. Sebab kena careful with words. ramai peminat ManU disekeliling nih sebenarnya.*toleh kiri kanan*


Masa kat Melaka dulu senior2 bilik semua kaki bola. And most importantly semua ManU haters. So I'm in the right tribe lah. Masa tu Lehman kesayangan saya dan juga Dennis Bergkamp belum lagi bersara dan Henry yang disanjungi masih menjadi Captain. Oh mungkin bukan Henry masa tu Patrick Viera. Tak kisah la saya memang dah lupa pun.

Datang cyber kalau ada geng pergi kalau takde tak pegi. selalunya tak pergi lah. Tengok kat website atau cerita2 orang je. So nak dijadikan cerita. semalam saya tengok match ManU Arsenal. Gila babi macam orang sewel jerit sorang2 dalam bilik tv.Sangat pathetic kan..T_T..


fletcher tackle arshavin dalam penalty box ref buat taktau wtfish!


ref menggelabah


arsene wenger disuruh keluar padang


almunia tetap handsome walaupun GG..T_T..


Saya takmau cerita apa berlaku sebab suma orang tau referee bodoh itu telah menyebabkan Arsenal kalah dengan penalty Rooney yang tak patut dan own goal Diaby yang sangat cantik.

Saya sangat anti dengan Rooney. dan Ronaldo of course! (tapi nasib baik sekarang dia dah tiada). So dosa saya sedikit berkurangan season ni. Dan saya sangat suka pemain baru Bendtner. Saya tak tau nak explain guna term2 bola tapi saya tau dia seorang yang ada banyak potential. Juga Vela,Walcott, Ramsey,Samir Nasri.Diorang semua sangat macam memberi harapan masa depan Arsenal yang cerah (walaupun kadang2 harapan palsu) and of course Arshavin. Yang jugak consistent dan bakal saya sanjungi seperti Henry.

So lepas ni tunggu second match dengan ManU walaupun agak cliche bunyinya sebab sebagai seorang yang realistic saya tahu agak susah la sebenarnya nak menang lawan ManU tapi tak mustahil. Saya masih menaruh hrapan, lagi2 Ben Foster yang jadi keeper..hahaha.tak saya tak pandang rendah Ben Foster okey. Cuma saya lebih gerun kalau Van Der Sar yang jadi pakgad =D

Saya pun tak tahulah apa nasib malang kalau saya tengok match tu mesti tak menang. Tapi time saya tak tengok baru laah match best gila babi macam masa Arsenal kenduri 6-0 aritu ada minachi tengok cerita Tamil kat bilik tv. Tak heran lah lawan dengan siapa pun kan. Menang tetap menang. 1-0 pun menang.70-0 pun menang jugak.hee.okelah. dah taktau nak membebel ape lagi.Kembali study untuk peperiksaan hari selasa nanti.

oh ya selamat pagi semua. semoga puasa hari ini lebih baik dari puasa sebelum2nya. walaupun saya dah kurang pahala 10 percent kepada referee bodoh pagi tadi.. .opss.

okey sekarang 11% dah.. T_T..daa~

3 comments:

SyMacKz said...

perghh..u mmg leh wat liputan psl bola ahaha..

Nadira R said...

hahaha..nanti kalau arsenal lwn chelc i buat liputan..mesti best kan..hahaha:P:P

SyMacKz said...

ishh..ye la..
nt kte tgk sape mng!!

 

dyazStuffs Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Online Shop Vector by Artshare