Friday, June 10, 2011

Nak approve taknak approve..

Malam tadi saya approve beberapa friend request yang pending di Facebook. Saya tau semua orang mempunyai masalah yang sama. Jangan la nak kata saya perasaan famous or bajet hot ke apa okey. Sebab Facebook kita, mestila we have the rights to filter kan.

Saya pernah jadi orang yang sporting approve ja semua orang, kenal or tak kenal. Padah nya. Saya terpaksa delete Facebook. Setelah beberapa bulan baru buat balik, dan kali ni saya monitor betul-betul sapa yang saya approve.

Kadang-kadang kita approve sebab kita just want to be nice atau tengok ada mutual friend. Padahal kita tak pernah sembang pun in real life. Contohnya ada beberapa macam kat bawah ni.

Yang saya memang TAKKAN approve:
Stranger lelaki: tambah-tambah yang takda info.
Dulu saya main approve je. Tapi lepas tu bila kita online, diorang akan tegur di Facebook Chat dan cakap benda pelik2. Lepas2 tu terpaksa block.

Kawan sekolah rendah adik saya.(Perempuan)
Mostly diorg ni pengantar report entahapa hapa. Bukan la saya ada nude picture ke apa dalam Facebook saya yang saya nak sorok ke apa. My mom punya Facebook pun saya ada, so mostly gambar-gambar dalam Facebook semua mak saya pernah tengok. Tapi budak-budak ni somehow fikir entah apa-apa, bagitau mak diorang, mak diorang bagitau mak kita dan mak kita daripada cool pun boleh snap. And the rest is history. So senang cerita xpayah approve.

Yang saya wonder whether nk approve ke tak:
Budak-budak campus.
Muka memang familiar, tapi langsung tak pernah sembang. Yelah MMU ni bukan besar, balik-balik mmg nmpk muka yang sama. Kang kalau tak approve bila jumpa kang rasa awkward pula.

Junior2 or senior or kawan highschool kita sendiri yang pun kita tak pernah or jarang tegur kat sekolah tapi selalu nampak muka.

Tapi mostly saya akan approve la, tambah-tambah perempuan.

Kalau  lelaki, kalau TAK KENAL saya tengok dulu info.
Kalau married, memang tak approve. Tolonglah.
Then kalau MMU student mostly terpaksa approve.
Kalau bukan, tengok gambar dulu,
kalau hensem...hahaha kidding..
selalu tengok mutual friends la..
macam tadi ada sorang mamat ni, budak MMU, tapi  mutual friends pun saya tak rapat, sekali tengok info Arsenal Fan, terus approve. Hahaha...





Sebab kalau fikir-fikir balik, kalau tak kenal buat apalah nak add. Facebook ni gunanya nak interact dengan kawan-kawan. Facebook bukan made for meeting new people. Kalau tengok asal2 si Mark Zuckerberg ni buat Facebook pasal nak connect dengan kawan-kawan university dia dan university lain, senang nak buat assignment and cari kelas semua.  Facebook bukan macam MySpace yang dibuat untuk berkenal-kenalan, make new friends lah bagai.

Tapi sekarang Facebook dah untuk semua orang, dah tak lagi special macam dulu. Saya rindu, hantar2 pokok yang tumbuh kasut la aiskrim la kat orang semua tu dulu. Cute gila. Sekarang dah xde lagi.

So pesanan untuk hari ini. Jangan approve stranger. (^_^)

2 comments:

Alkisah said...

Alkisah dah married, tapi I'm Arsenal fan. Kenal dekat blog.. so U approve tak?

missnadira said...

Haha, Alkisah da tak consider as stranger la. And Arsenal fan,terpaksa approve. Hehehe..:P

 

dyazStuffs Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Online Shop Vector by Artshare