Friday, June 10, 2011

Russia

Kalau anda tengok Peta Dunia, first thing yang anda nampak sebesar-besar alam di situ adalah Russia. Sumpah besar.
Nampak tak saya cuba bulatkan Malaysia dengan color merah.

Russian Federation
  • 83 negeri. (Kita ada 13 negeri je)
  • Berkongsi sempadan dengan Norway, Finland,Estonia, Latvia, Lithuania,Poland,Belarus, Ukraine,Georgia,Azerbaijan, Kazakhstan, China, Mongolia dan North Korea. 
  • Tapi, walaupun die besar, die tak la ramai sangat penduduk macam China dan India. Kira dalam dunia, dia yang ke 9 most populated country dgn 139 juta penduduk. (Malaysia 28juta lebih kurang)

Some Russian we know:

Arsenal's Andrey Arshavin is from Zenit, St. Petersburg

Victoria Secret's Natasha Poly is from Perm.


Antara bandar-bandar besar di Russia adalah Moscow, St.Petersburg, Yekaterinburg dan Novosibirsk.

Kalau cakap pasal pelancongan pulak, mesti orang akan cakap pasal Tasik Baikal. Masa sekolah menengah pun kita ada belajar ni tasik paling tua dan paling dalam di dunia.



Kira kalau seorang footballer tu impian dia adalah untuk main dalam Champions League/World Cup, Tasik Baikal ni kira macam Champions League bagi para penyelam la.

Dia terletak di bahagian selatan Russia, di Siberia. Dekat-dekat dengan Mongolia dah. Kalau tengok dekat peta atas tadi dah boleh nampak.

Dalamnya 1741 meter. Lebih kurang kita susun 4 biji Petronas Twin tower tu bertngkat2. Hmm...

Besar Tasik Baikal ni 31500 sq.km. Lagi besar dari Belgium, Israel, Jamaica dan banyak negara-negara kecil lain.

Lagi perkara tentang Russia yang saya suka,
Kalau kita ada Upin dan Ipin. Russia ada,

Cheburashka


Actually lagu ni bukan Cheburashka yang nyanyi. Tapi kawan dia dalam cerita Cheburashka tu jugak, Crocodile Gena yang nyanyi. 

This is the YouTube Version of it.


Lagu ni orang panggil "The Crocodile Gena Song"

Cuba kita try sing along..

Pust 'begut neuklyuzhe 
Peshehody po luzham, 
A voda - po asfal'tu rekoi. 
I neyasno prohozhim 
V etot den 'nepogozhii, 
Pochemu ya veselyi takoi. 

Ya igrayu na garmoshke 
U prohozhih na vidu ... 
K sozhalen'yu, den 'rozhden'ya - 
Tol'ko raz v godu. 

Priletit vdrug volshebnik 
V golubom vertolete 
I besplatno pokazhet kino. 
S dnem rozhden'ya pozdravit 
I, naverno, ostavit 
Mne v podarok pyat'sot "eskimo".

Macamana? Terbelit lidah? :P
Tapi saya rasa Arshavin nyanyi lebih happy dari lagu asal.:P
Lagu ni si buaya Gena tu nyanyi masa birthday dia, hari hujan, so dia sedih kenapa birthday  hanya sekali setahun.
Comel kan? 

Lebih kurang macam  ni lah kalau translate,

Let Pedestrians run clumsily through rain puddles
And water runs on the asphalt forming a river 
It's not clear to passers-by, 
Why am I so happy in this overcast day. 
Ahh, I am playing, my harmonica In front of all those who pass me by. 
Unfortunately birthday only happens once a year.
I wish a magician will fly by in his blue helicopter And he'll show me a movie for free 
He'll wish me a happy birthday, 
And probably will leave me a present Of 500 ice cream bars


Then lagi satu yang saya sangat fascinates adalah tulisan dia. Berpusing-pusing mata baca.

Klik untuk besarkan.

So let say kita convert Nadira spelled in Russian 

Nadira = Надира

 N=H, a=a,  d = д, i = и, r = p
Best kan, dia taklah totally new, huruf dia kebanyakan sama cuma ada beberapa symbol dan beberapa huruf terbalik. macam N terbalik tu adalah huruf I.

Tapi yang saya tulis disini semua fun facts je lah, yang serious-serius politik-politik semua taknak ambil tahu sangat. 

Oh lagi satu Russia ni macam ada masalah kesihatan, itu sebab bidang medic kat sana besar. Jangka hayat untuk orang lelaki diorang dalam 50tahun macamtu je kalau nak compare dengan perempuan, 70tahun lebih kurang. Diorang bnyak penyakit dan mostly melibatkan alcohol dan smoke. Tapi ada jugak penyakit-penyakit lain. Population pun agak decreasing dari tahun-tahun lepas. Last year population diorang 143 juta camtu. 

Satu lagi fact yang saya tertarik adalah pasal Nuclear Power Plant. Ni pun sebab last 2 sem amik subject Power Station so saya terfikir jugak. Russia adalah negara pertama yang bina Nuclear plant pada tahun 1954. Lepas tu baru negara-negara besar lain US, China ikut buat.
Nuclear plant memang most countries tak selalu buat sebab banyak kesan tak baik. Disposal dia highly radioactive kalau leak memang habis la. Contoh radioactive leak kat Jepun baru-baru ni. Tapi since dia negara besar ya amat. Takde hal la setakat nak buat 10 20 bijik nuclear plant. haha.(Ni saya exaggerate, diorang ada 11 nuclear reactor) Still tak boleh lawan US yang ada entah berapa puluh nuclear plant.

Itu satu saya suka tentang Russia, walaupun dia besar, Nature dia banyak yang tidak di exploit. Major area dekat Siberia dan Far East memang masih terjaga. 

Banyak lagi kalau nak cakap pasal negara yang satu ni. Saya research pasal Malaysia pun tak habis-habis lagi. 
Sebab Russia ni sangat berbeza dari Malaysia dalam banyak perkara. Kalau macam US, China, India kita dah selalu dengar dan tengok di TV. 

Lagi satu saya suka dengan negara-negara di Europe dan Africa. Ni bukan yang P.Diddy, Snoop Dogg tu semua ek, diorang tu African American. Not even African pun basically. :P

Just for fun, seronok kalau dapat take a peek on what people from across the world buat.  

Boleh la berangan nak pergi negara orang nanti, berangan tak salah kan. Tapi apa-apa hal pun simpan duit pergi Emirates dulu. (^_^)

nak baca lebih lanjut tentang russia, Go Wiki!

No comments:

 

dyazStuffs Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Online Shop Vector by Artshare