Kenduri memang bosan, kami adik beradik memang tak suka pergi kenduri. Yelah kalau saudara mara ni bukan la kami kenal sangat. Mama Ayah je yang kenal. So, lepas kitorang provoke Mama Ayah baru lah dapat gerak balik dalam pukul 2lebih camtu.
Nak dijadikan cerita, tiba-tiba saya malas pulak nak pakai seatbelt. Saya mengantuk sebab malam sebelumnya tidur sejam je. Tapi tak sampai hati nak tidur kesian kat Abang drive sorang-sorang sebab Aran kat belakang dah siap baring sampai kemana tah mimpi dia.
Sampai di Guar Chempedak, abang dah slowkan kereta, sebab ada traffic light. Tiba-tiba Ayah kat depan brake mengejut sebab kereta depan dia brake mengejut. Saya yang tengah mamai terus terjaga nampak abang dah tekan brake sekuat hati, tapi kereta still gerak, saya tahu memang akan kena jugak kereta Ayah. Abang pun tahu, so dia pusing stering sekuat hati kekanan berharap dia langgar divider jalan supaya atleast tak teruk sangat damage kereta Ayah nanti.
Bila kereta abang finally stop sebab dah langgar kereta Ayah, saya terhantuk di cermin depan, Aran yg tgh baring kat seat belakang dah jatuh tergolek kebawah. Dua-dua kereta drive dan park tepi jalan tengok apa yang rosak. Kereta yang brake mengejut tadi dah hilang tah kemana.
Abang frust, Ayah kata takpelah, benda nak jadi. Atleast tak kena important part.
Ini kereta ayah,
Ini kereta abang,
Ingat dulu kami langgar anjing masa saya balik amik abang di Unisel berapa tahun sudah. Pecah jugak lampu. Kalini pecah lagi.
Balik tu, kami tukar kereta, Babah dan Maktok naik kereta Abang, sebab babah nak bawak abang pergi repair kereta dekat tempat dia. Saya drive kereta Ayah sampai rumah sebab Ayah mengantuk dan penat.
Sampai rumah semua orang tidur kepenatan, saya pulak excited blog pasal tiket Arsenal yang saya dapat pagi tu. Lupa kepala dah terhantuk kuat petang tadi. Pagi ni bangun baru terasa kepala dah bengkak, back of my neck pun rasa sakit. Baru teringat nak tulis post ni.
Point is, lepas terhantuk, saya terfikir kes-kes yang orang accident yang sampai terhumban keluar dari kereta.
Bayangkan terhantuk sikit pun dah rasa sakit dia, apatah lagi terhantuk smpai cermin kereta pecah dan tercampak keluar jalan. Orang akan mati kerana internal bleeding, or they broke their neck sebab hentakan kuat. Tak kira lah passenger atau driver.
Then saya teringat senior saya masa di Alpha Year dekat MMU Melaka. Dia accident dengan her mom, dia passenger, and dia pakai seatbelt. Tapi mom dia yang tengah drive tak pakai. My senior patah tangan, tapi her mom died after few weeks of comma.
Oleh itu, tolonglah, saya merayu,
Orang kata, kita tak tau apa rasanya selagi benda tu tak jadi dekat kita. Yesterday, I've felt a tiny bit of it. Kalau benda nak jadi, sekelip mata je dia akan jadi. And saya nak nasihatkan kepada semua orang, dan diri saya sendiri, pakailah seatbelt anda. Anda bukan loser kalau anda pakai seatbelt. Anda hanya nak selamatkan nyawa.
Memang kita hanya merancang, tapi Tuhan yang menentukan. Atleast, kita ada merancang untuk keselamatan. And the rest is in God's hand.
So again, wear your seatbelt, They're there for a reason.
(^_^)
2 comments:
Love this entry. Thanks! A reminder for myself too. Kadang-kadang kita ambil mudah benda yang penting macam ni kan.
itula..same wit me..kena prevention is better than cure kan..thnx hannah!:)
Post a Comment