Saturday, December 07, 2013

Pemain bola sepak Malaysia di mata seorang noob bola sepak Malaysia

Saya actually tengah bukak balik semua draft yang tersimpan dalam blog ni. And terjumpa post ni. I think saya tulis tahun lepas or 2012 kot. Masa ni terikut2 dengan gaya tulisan Pipiyapong dengan Sokernet. Zaman baca blog Pipi and Sokernet hari2. (Menyampah jugak sikit baca post ni sebab rasa sangat tak original haha ) Tapi sekarang tak dah. So saya publish just for fun.hahaha.



Ini coacj pasukan Malaysia Dato K Rajagobal
Orang kata muka dia iras Arsene Wenger. 
Tapi sebenarnya dia mengaku dia peminat Alex Ferguson dan Manchester United.
Tapi Alex Ferguson tak minat pun dekat dia.


Ni semua orang kenal, kalau siapa tak kenal tu plis la, jangan noob sangat bole tak.
 Femes gila kot dia ni.
Nama dia Khairul Fahmi Che Mat, orang panggil dia Apek, dulu dia couple dengan Jejari runcing, lepas tu diaorang betunang, tapi tiba-tiba putus tunang, lepas tu orang cerite dia dating dengan girl lain kat Singapore, tapi dia kata tu adik angkat je. Lepas tu dia kawin dengan Leuniey, dengar cerita Nik Aziz menteri besar Pas tu jadi imam. 
Dia ni pendek sikit la tapi.

Ni S Kunalan.
Dia ni winger, laju ya amat. Saing saing Theo Walcott jugakla.
 Mungkin masa kecik-kecik biasa main polisentri.
Dulu time lawan Arsenal penat jugakla budak-budak Arsenal tu nak jaga.
  
 Ni Safee Sali, paling pawer kat mesia ni dia la. 
Siap jadi duta motor lagi. Hubungkait antara motor dengan bola ni saya tak berapa pasti, tapi dengar cerita dia dah main kat indon sekarang ni. Power.power.

Ni Norshahrul Idlan Talaha, dia ni pun bagus. Setakat Anderson tu dia ayamkan rilex je. 
Saya konfius dia ni ke kapten ke no 8 ke kapten.


Minggu lepas ada nampak muka dia masuk page belakang paper Utusan, sebab apa tu tak sempat baca pulak. Dia dengan perempuan, mungkin adik angkat la rasanya.

Ni Safiq Rahim, dia terror amik free kick. Dekat-dekat sama level Roberto Carlos la. 
Eh, Over la kan Roberto Carlos. Tu da tahap dewa.
Kite bagi die tahap David Luiz la.
Okey, saya yakin dia ni yang kapten bukan Norshahrul Idlan Talaha yang tadi tu.

Ni Aidil Zaquan, baru bercerai dengan Rita Rudaini.
Dia main apa tah, kejap tengok jadi striker, kejap tengok jadi defend. Suka hati dia je.
Nak kata power tu tak  la sangat, asal jatuh sikit je kena usung keluar naik stretcher. Ass.



Oh, ni senang je.

Ni adik Jack Wilshere.
Pipiyapong suka betul dekat dia ni.




No comments:

 

dyazStuffs Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Online Shop Vector by Artshare