Monday, August 09, 2010

Bertukar menjadi hitam!

Hari ini (iaitu 8/8) merupakan hari first time saya join tournament Netball ye kawan2. Masa sekolah tak pernah terlibat pun dengan netball. Main gitu2 masa subject Pendidikan Jasmani je time sekolah rendah. Masa high school masuk tournament Handball je. Oh,dengan Badminton.(Sebab saya crush dengan sorang abang senior yang terror main badminton masa tu.heh) Honestly saya memang noob sikit banyakla netball ni. Takut jugak tadi. Pertandingan ni Putrajaya Netball Open terbuka kat sesape je la, budak sekolah menengah, makcik2 opis budak2 U,kelab-kelab.Sapa2 je boleh. Lawan kat sport complex dekat Precint 18 Putrajaya, depan Bangunan Kementerian Belia Sukan. Saya tak pernah tahu pun wujudnya kompleks tu kat situ sebelum ni. Rupanya banyak mamat hensem suka main futsal kat situ. Okeh dah jumpa port baru, pasni boleh pergi pura-pura main futsal kat situ.heh. okeoke berbalik pada tournament.


Lebih kurang kul 9pg lebih start main. Macam League, satu group 4 team so every team lawan tiga kali.duh, macamlah orang taktau kan. MMU hantar 2 team, saja nak expose, team saya MMU 2 semua kira budak2 baru join the club la. Tapi rasanya saya sorang je yang baru main seriously, budak2 lain semua cam pernah main actively masa sekolah dulu. Kira saya the noobest noob la. Luckily, kami menang semua game tu. Walaupun saya rasa ketiga2 match tu kami menang sebab opponent yang kurang mencabar, tapi saya agak impress dengan winger2 team saya WA,WDdan jugak GA,GS. GA, ngan GS ni pun, tak pernah main dalam posisi tersebut hari tu, semua berasal dari posisi lain.And of course C dan GD. Pendek kata saya impress dengan semua oranglah. Bola opponent tak pernah sampai ke saya.Oh by the way saya diletak jadi GK. Saya tak impress dengan diri sendiri je lah sebab tugas saya hanyalah berdiri, berkenal2an dengan GS opponent, lari2 setempat, lompat2.ala kadar dan terus berdiri sampai habis 14minit.

Habis 3 game, masuk knock-out rounds. Ni yang best. Kalau mase peringkat kumpulan tadi opponent agak tak mencabar, main pun relax je, opponent kami this time dari Team Navy ye kawan2. Saya terus cari GS die, mak datuk dalam 5 inchi lagi tinggi dan 2inchi lagi lebar dari saya. Kalau tadi saya leh duduk goyang kaki minum kopi, kali ni jantung, organ dan anggota badan saya yang lain kena berkerja 3 kali ganda lagi laju. Tiba2 saya yang bermain secara anonymously tadi jadi famous kejap. Sikit2 wisel bunyi, sikit2 wisel bunyi. "GK 3 feet obstruction!","GK by the side", "GK contact!" dan macam2 lagi lah. Memang hopeless habis saya dengan GS tu. Camtulah jugak dengan teammmate saya yang lain, Team Navy tu memang beribu tahun cahaya lebih experienced dari kitorang. So kami pun baliklah setelah dilauk ayam kan oleh Team yang lebih berpengalaman tersebut. Hehe. Tapi somehow saya rasa puas hati la juga. Dah di akhir hayat berada kat MMU ni baru nak join sports kan. Tapi saya harap kawan2 lain tak marah hehe, saya masa training pun tak pernah jadi GK. Tadi baru belajar beberapa rules netball yang tak pernah tau sebelum ni, gerak kaki pun belum betul habis. Tapi puas hati jugak sebab dapat keluar peluh dan join some sports setelah sekian lama.
Best,best.

Okey, hujan dah turun tgh2 malam ni, saya nak pegi setting2 bantal, kipas dan ubat nyamuk pastu tidur. Oleh itu, sekian saja cerita di pagi hari. Goodnite.=)

2 comments:

I.n.t.a.n said...

patut amek video budak itam telompat2 berushe dptkan bola.tapi ends up, goal keepaaa, 3 feets obstruction!

katak ngah cirit pon cun lg lompat dr ko.muahahaha

missnadira said...

hahaha..demit.atlis aku berusaha mencapai tangga kejayaan oke..

kat mane ko tengok katak cirit yang melompat ni weh..aku wondering..hahahaha

 

dyazStuffs Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Online Shop Vector by Artshare