Friday, July 14, 2017

PTPTN Stuffs

Masa baru habis belajar dulu, PTPTN agak lenient dalam hal hal pembayaran. So saya bayar mana yang mampu sebab gaji pertama agak kecil.
(Tapi sebenarnya kalau berjimat cermat boleh je nak bayar, tapi yelah fresh grad baru pegang duit kan.)
So kalau ada 50 saya bayar 50 kalau boleh bayar 200 saya bayar 200, kalau dapat bonus sy bayar lebih lagi. Dan ada juga beberapa bulan, yang saya memang tak bayar langsung. Sebab mmg ada beberapa tempoh yang saya mempunyai commitment tinggi. 
Tapi saya belum di blacklist dalam tempoh itu. Saya pun pelik, tapi ada yang kata sebab saya masih bayar, walaupun tidak konsisten. Yang kena blacklist ialah yang langsung tidak bayar from the start. Thats why saya masih boleh travel kesana sini dalam beberapa tahun ni.

So nak dijadikan cerita, lepas kahwin saya dan boyfren (belum mahu panggil husband lg, hee) plan our first travel this July. Tak jauh pun, Indonesia sahaja. Lagipun ada hamba Allah yang baik hati bagi kami tiket penginapan di Bali. Saya pun belum pernah ke Bali, so oklah. 
Cumanya boyfren kena blacklist PTPTN. Saya check, saya masih OK so sebulan sebelum pergi, kami cuba settle kan baki tertunggak menggunakan KWSP akaun dua dia. Dia selesaikan half daripada baki tunggakan so dapat la diskaun 15%.

Beberapa minggu sebelum itu, sekitar awal bulan June, saya ada pergi PTPTN di cawangan USJ untuk tanya berapa bayaran bulanan saya sekarang sebab saya plan nak mula bayar bulan2 pakai potongan gaji. Sebab komitmen pun dah berkurang sikit dan kalau boleh taknak di blacklist. Staff dia cakap patut saya pun kena bayar semua, tapi since saya belum di blacklist maintain lah bayar bulan bulan. So saya pun setuju bayar RM400 sebulan. Tarikh tolakan ialah pada 10hb dan 27hb. Gaji saya masuk 24hb so kalau tiada baki dlm bank pada 10hb dia akan tolak lagi pada 27hb. Ini dalam bulan puasa, so gaji bulan June ni dia akan start tolak.

So masa hari boyfren pergi PTPTN (ini bulan July cawangan Ayer 8 Putrajaya) untuk tanya prosedur selepas thumbprint, saya tergerak nak check status saya, dan rupa-rupanya, saya pun dah kena blacklist. Hahaha. Padahal duit dah ditolak pada 27hb June. Saya tanya staff PTPTN tu bila sy di blacklist. Dia kata dalam bulan June. So saya buat kesimpulan, saya yang mengada2 cari pasal. Kalau saya just bayar je PTPTN bulan2 without pergi consult org PTPTN untuk kirakan monthly installment dan buat penolakan gaji, saya rasa saya masih selamat. Tapi since saya pergi USJ haritu, saya letakkan diri saya dalam radar PTPTN. Dan once dia gagal deduct duit pada 10hb, terus saya di blacklist sbb sy mmg dah ada tunggakan pun. Bak kata orang, lembu yang bagi leher dia untuk disembelih. Hahaha gelakkan diri sendiri.
So hari tu dengan saya2 sekali buat rundingan untuk bayaran balik. 
Esoknya 7hb July saya register i-akaun KWSP.

So macamana prosedur nak bayar PTPTN pakai EPF akaun dua? Simple je.
1. Pergi ke PTPTN dulu buat rundingan, berapa yang perlu dibayar untuk hilangkan blacklist. Memang patutnya perlu bayar semua baki yang tertunggak. (Baki tertunggak ni means kalau kita habis study tahun 2010 tempoh bayaran sampai 2015, sekarang is 2017, means kita ada baki tertunggak selama 2 tahun) Tapi kita boleh buat rundingan dan selalunya bayaran minima ialah 25%. Saya bayar RM5000 sahaja, boyfren pulak memilih untuk bayar half dari baki tertunggak dia. 

2. Then kita pergi KWSP cakap nak buat pengeluaran berapa amaun yang nak dibayar tadi, dia akan suruh kita create i-KWSP akaun di website KWSP.
Kalau tak pergi KWSP pun takpe, hanya call, sebab dia akan bagi password sementara untuk login.
Kita perlu login pakai nombor KWSP kita dan password sementara tadi. Dan bila Login kita kena tukar password. Dan apply untuk pengeluaran dalam website tersebut.

Kalau kita pergi pejabat KWSP dia akan tolong kita buat dekat sana terus. Kalau call mungkin dia akan bagi step by step, kalau macam boyfren, staff kwsp email/whatssap step by step instruction.

i-KWSP ni cara baru untuk kita buat pengeluaran akaun 2. Untuk semua tujuan lain juga, macam pengeluaran untuk housing loan, atau umrah/Haji. Masa saya buat pengeluaran untuk Housing Loan tahun 2014 belum ada lagi i-KWSP ni. So sekarang dah lebih mudah.


3. Lepas kita dah request, dia akan register, lepas register after dua ke tiga hari dia akan approve.
Lepas approve KWSP akan call untuk kita pergi thumbprint dokumen pengeluaran di mana-mana pejabat KWSP. Masa ni diorang akan perlukan bukti kita dah habis belajar, contoh, transkrip pengajian atau Degree/Diploma Certificate lah. Jangan lupa photostat siap siap sebab sesetengah KWSP tiada perkhidmatan photostat.

Kalau tiada masalah, cepat lah, thumbprint serah salinan Cert dan terus balik. Tapi macam saya ada descripancy dekat nama course di Degree Cert dan nama course di offer letter PTPTN, staff KWSP takut pegawai dia tak approve, so saya kena pergi PTPTN balik minta pegawai dia keluarkan surat yang menyatakan diorang aware akan perkara ni untuk sokong application saya di KWSP tadi.
Macam kes saya, asalnya saya ambil course Electronics Majoring in Multimedia, by sem ke tiga, saya tukar course ke Electrical tapi disebab kan course nya sama 4 tahun juga, dan amount pinjaman pun sama, saya tak perlu request pinjaman balik. Thats why offer letter PTPTN saya masih Electronics Majoring in Multimedia. So saya pergi ke PTPTN keesokan harinya dan minta pegawai buat kan surat. 
Saya suka dengan staff PTPTN Ayer 8 Putrajaya sebab diorang sangat helpful dan sangat cepat berurusan, mesra alam (dan tak judgemental).
So dah dapat surat terus saya ke KWSP hari yang sama untuk serahkan kepada pegawai untuk approval.

4. Bila dah dapat approval dari KWSP, means KWSP dah transfer amount sekian2 ke PTPTN, kita perlu pergi PTPTN untuk isi borang Ujrah. Masa saya request for surat sokongan tadi, Boyfren sudah dalam proses isi borang ujrah, dan beli setem hasil dan dia terus submit. Ujrah ni perlu untuk restructure balik bayaran untuk baki yang selebih nya. Macam boyfren, lepas ni dia hanya perlu bayar remaining baki RM100sebulan, sebab baki dia dah tinggal sikit. 

Selepas submit borang ujrah barulah PTPTN boleh clear nama dari blacklist.
So Boyfren harini 14July dengan rasmi nya sudah tidak blacklist lagi.



But I still am. T_T

Kalau blacklisted, dia akan keluar statement macam ni. 

Sebab boyfren dah apply dulu sebelum saya realize yg saya pun blacklist, so dia dah settle dulu. Sekarang saya sedang tunggu kelulusan dari KWSP selepas hantar surat sokongan dari PTPTN tadi. Mungkin dalam beberapa hari. Kalau ok saya tinggal untuk isi borang ujrah dan clear blacklist.


Keseluruhannya, proses ni tak susah, ikutkan tak payah ambil cuti pun, kita boleh check sendiri baki tertunggak di wenbsite PTPTN, buat i-KWSP akaun, hanya pergi bila nak thumbprint di KWSP. Isi borang Ujrah pun rasanya boleh submit online. Sebab staff PTPTN banyak yang boleh berbincang menggunakan whatsapp dan email.

Tapi disebab kan kami nak cepat, kami terus pergi sebab kadang2 staff ni banyak kerja dan terlupa reply whatsapp/email dokumen. So kalau kita terus pergi, lagi cepat proses.

Macam boyfren, everything settled in less than 3 weeks. 
Proses saya masih berjalan sebab saya baru apply 7hb July, skarang dah seminggu. Kami akan travel pada 23hb July InsyaAllah.
So harap nya dipermudah kan.

So kepada adik2 diluar jangan jadi macam saya, kalau pinjam apa saja study loan, buat potongan gaji dari awal,
Ada kawan saya yang istiqomah bayar study loan dr mula kerja, sekarang dah habis bayar pun.
Kalau bayar sikit2 macam saya lambat lah habis.
Bagus juga dia implement blacklist/ccris ni sebab saya org yg suka travel dan berniat nk tambah property, so dia akan buat kan saya usaha nak bayar supaya saya tiada halangan untuk buat semua ni. 
Bagi saya, bila saya meminjam, saya memang perlu bayar. Selagi tak habis bayar, saya akan rasa tak puas hati. Cuma awal-awal dulu saya kalah dengan perasaan nak shopping dan leniency PTPTN. T_T
InsyaAllah, lepas ni isu PTPTN boleh settle.

OK.sampai sini cerita PTPTN.

Nanti cerita lain pula.

****Update 19 July:
KWSP da approve payment ke PTPTN lebih kurang 9.15am, terus whatsapp staff PTPTN, dia terus clear blacklist on the spot.
Ujrah boleh buat later. Alhamdulillah.
Da xpayah check website KWSP 500 kali sehari da.hehehe.

No comments:

 

dyazStuffs Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Online Shop Vector by Artshare