Thursday, July 18, 2013

AMTOI Jakarta 2013 - Day 2

Awal2 pagi kitorang dah pergi stadium sebab AIS inform ada recording show apa tah yang Arsenal Malaysia kena datang jadi wakil. Tapi at the end cancel.



Haha post wajib brader Shahril.

So kitorang pergi ada satu event macam press conference ni dekat luar stadium.
Tapi ada Szczesny dengan Chambo je.





Memang tak dapat kedepan kat sini. 
Tapi Qurratu sempat snap gambar Chamberlain.
Yang lelaki belah kiri to President AIS, Mr Windra.

Szczesny kitorang dapat dengar suara je lah. Haha.


Ramai gila orang. Sebab time ni Arsenal Indonesia (AIS) buat fans gathering. So ramai lah fans Arsenal dari serata Indonesia datang. Surabaya, Medan, Balik Papan just to name a few yang nampak.

And petangnya ada coaching pulak. (Thats explain the goal post in the middle of nowhere).
So some of the players akan pergi coaching, some of the players akan pergi Fans Party.



With Arsenal supporters from Balikpapan.

Oh lupa nak cakap yang kitorang tak dapat pergi Meet and Greet. Arsenal Singapore yang datang 40 orang pun xdapat. And difahamkan yang even AIS sendiri pun tak dapat pergi Meet and Greet sebab penganjur bagi pass meet and greet kepada sponsor saja. i.e orang2 Telkomsel, SimPATI kot. so fans langsung tak dapat.

Tapi kitorang dapatlah pergi Fans Party ni yang dorang buat dekat Grand Hyatt Hotel
And nasib baiklah sebab disebabkan ada Fans Party rasa berbaloi lah sikit frust tak dapat meet and greet tadi. Sebab dapat tangkap gambar semua dengan player. Walaupun 10 orang sekali.
But still, Its something. Hahaha


Grand Hyatt lobby.



Nak jadi cerita, Arsenal Malaysia hanya dapat 10 pass je ke Fans Party. Kitorang ada 11 orang. So kitorang buat la undian and sorang kena berkorban.
At the end, Nadia tak dapat pergi. Tapi encik Saiful si boyfie berkorban kasi pass kat dia. So sweet.
Haha tapi last2 Saiful masuk jugak. Cemana dia dapat masuk pun tak tau. Pandai dia cari lubang. Haha =P

Satu lagi nak cerita, masa nak pergi semayang Zohor dekat surau hotel, saya agak surprised sikit sebab surau dia sangat tak convenient. Surau dia campur lelaki perempuan. Lepas tu tempat ambik air sembahyang dekat toilet di luar surau. Then pintu surau tu pun arah kiblat. Means kita masuk2 surau nampak orang lelaki tengah sembahyang, directly menghadap pintu. Boleh concentrate ke? Haha..
But different place, different ways.


Dekat area luar ballroom.



Again massive crowd outside the ballroom.






Kat luar ballroom ni diorang jual Arsenal merchandise. So sempat la beli certain barang. (Hence the shopping bags:P)
Tapi banyak dah habis sebab sangat ramai orang beli.


Menunggu ballroom bukak.


Finally inside the ballroom.
 with Esther


Penganjuran Fans Party ni boleh dipuji, sebab deco nampak grand and Qurratu cakap better dari Fans Party masa kat Malaysia tahun lepas. Cuma cuma cuma, MC cakap Indo, even players dah datang, diorang cakap English macam dalam 20% je. Cam terpinga-pinga players atas stage.

Then somebody said to me, negara tak pernah dijajah orang putih memang camtu. English tak diutamakan sangat. Haha. Ye la kot.


Goonersaurus yang super friendly.

There they are.
Fabianski, Gnabry, Koscielny, Giroud, Rosicky, Walcott and Ramsey.









Saya actually frust dengan diri sendiri sebab tak berani.
Yang dapat masuk Fans Party tu ada 400 orang. So dia buat 10 orang sekali pergi amik gambar dengan player.
Masa amik gambar group by group tu kita tak dibenarkan amik gamba dengan player pakai phone atau mintak dorang sign.
Tapi ada yang berani, diorang buat jugak.

Saya ni, sampai2 atas, star struck, tak tau nak buat apa. Speechless dan sengih sorang2. Tapi sempat lah shake hand dengan Walcott and Ramsey. Hehe. (i'm never washing hands again) =P

But seriosly if I'd been more berani, boleh dapat ambil gambar personally and sign jugak. Sign kat baju pun okey lah kan. Janji sign.hahaha.



Ini after tangkap gambar 10 by 10 tu. Diorang paksa players pakai baju melayu I mean, baju indonesia hahaha. 
Time ni ramai dah keluar so tak ramai yang tangkap gambar ni. Smart phone tangkap tak clear.

Actually sepanjang Fans Party diorang ada buat lucky draw untuk sape2 yang berpeluang buat activity dengan players and join diorang time training. Tapi dari berpuluh2 lucky draw tu satu pun kitorang tak kena. And kitorang perasan Arsenal Singapore and Phillipines depan kitorang pun tak kena. So kita assume diorang dah keluar kan seat number non-Indonesian dari bowl tu. Hahaha.
Faham la, Indonesians fans dah la ramai, pastu dorg tak dapat meet and greet so kat fans party diorang utamakan Indonesian lah dulu kan. Hehe.


Dekat luar ballroom, diorang buat mock changing room. So after habis tangkap gambar kitorang posing kat sini. Haha



After fans party hotel ada buat buffet, tapi yang Muslim semua plan untuk cari makan kat luar.
Kitorang plan pergi Lada Merah di Plaza Indonesia dekat dekat dengan Grand Hyatt jugak sebab siang tadi yang Non-Muslim dah try and diorang cakap sedap.





Ni hasil tangkapan semua orang dekat fans party tadi. Haha


Ini post wajib brader Shahril.=P


My dish - Ayam Penyet

Ni baru original ayam penyet indonesia. Kalau kat Malaysia memang saya tak berminatlah kan ayam penyet. Haha. But serious, ini sedap.
And yes lapar pun sama.hahaha.

So habis sudah Day 2. Kitorang terus balik hotel, tak pergi training session sebab penat satu and sebab hujan pun sama. And berdasarkan pengalaman before this pun. Takde ape sangat time training session.
So tunggu esok je terus pergi time match.

Sambung on Day 3.

2 comments:

Al Kisah said...

fuhyooo pergi jakarta tue.. amacam best kan.. kat sana punya fans party menarik tue.. tak join ngan zaffy ngan ayman ka..

nadiradyaa said...

Best jugakla..ada jumpa dorg, tp xsekali la dorg dtg lain time.dorg dpt sponsor rasanya..

 

dyazStuffs Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Online Shop Vector by Artshare