Sunday, April 21, 2019

Semua tentang Collagen

So, kita semua tahu apa itu collagen kan. Ada orang cakap lambat kan proses penuaan, ada orang cakap nak cerahkan kulit ada orang cakap bagus untuk lutut/joints..

But do we really know  how it works? Apa yg buat die berkesan/tak berkesan/jenis apa yg kena ambik, berapa quantity nk kena ambik and berapa lama nak kena ambik?

Sy ingt lagi the first time saya amik collagen is in my early twenties, masa tu zaman follow blog hanis zalikha, and dia promote Tojours Collagen, bukan Tojours yang sekarang, Tojours yg dulu dlm bentuk serbuk dalam container bulat yg boleh campur dalam air/makanan atau moisturizer/night cream., bau ikan dia sngtlah kuat.

Masa tu early twenties muka belum ada masalah apa, tapi nk pakai juga. Nak flawless mcm Hanis Zalikha lah katakan. So pakai for about a week, then muka naik jerawat. So stop.

(Few years later I realize kalau first time pakai mmg muka akan berjerawat sebab dia nak buang toxin. Don't know the truth about this is haven't research about it.)

So, saya start ambil collagen balik bila dah kerja, at the time around mid 20s. Sebab perasan dah mula ada pigmentation and dah start kusam sikit. At this time mmg cuba macam2.
Kinohimitsu, Radiance Signature, Aura White, and pernah beli Tojours balik, time tu dah ada Tojours Collagen Shot.
Tapi saya ni tak consistent, semuanya minum sampai habis botol/kotak, tengok xde perubahan terus stop.

Then in my late 20s, sy pergi salon di Alamanda, and hairdresser tu suggest sy amik K-Colly 17 sbb my hair is dull, and of course it will benefit kulit muka sekali. So sy try, and this time it really kinda works. Cos I can see the difference in my skin.
Tak tahu lah collagen yg dulu sy amik xnampak berkesan because I'm still in my early/mid 20s, so xnampak kesan sngt. Could be juga kan. But could be brand lain2 tu mmg xberkesan untuk sy. But after that I stop again, sbb money constraint.

So this year, remember awal tahun semua org buat 10 years challenge? So sy pun ikut sama, and I can compare myself in 2009 and me now.  In my early 30s. 32 years and 3 months to be exact.


Even though gambar kiri tu pakai makeup gambar kanan tu tak, but you can see the obvious difference there. Kusam and nampak penat. Actually masa mid 20s lagi dah nampak penat. And then I went to all those beach trip, mmg balik from all those trip mmg muka dah banyak pigmentation. Sun burn can heal easily but once the sun gave you those pigmentation, they're not that easy to get rid of.

So sekarang, mana2 pergi org dah panggil kak, regardless lah sy pakai jeans and converse sekalipun still kena panggil kak.
So sy rasa mmg dah time untuk ambik collagen secara serius balik😓.

Tapi this time sy plan nak research betul2 dulu and stick to the one yg mmg betul2 boleh bagi kesan, bukan just beli je mana2 collagen yg ada tulis collagen and hope magic will happen.

So berapa sebenarnya umur yg sesuai amik collagen?

Kita semua tahu collagen semula jadi badan start berkurang seawal umur 20.
Setiap tahun dia kurang 1%, by umur 50 kita dah hilang 50% collagen dalam badan. Lepas menopaus, rate collagen menurun laaagi cepat.

And then kita perlu tahu tentang Hyaluronic acid. Hyaluronic acid ni ialah component yg promote kesihatan colagen dalam badan kita.
Collagen tugas dia menegangkan kulit, tapi hyaluronic acid nourish and hydrates the collagen itself.
Hyaluronic acid dlm kulit kita start hilang seawal umur 18 lagi, tapi kesan pengurangan hyaluronic acid ni hanya akan start nampak masa umur late 30s and early 40s.

So bagi saya mmg eloklah start amik supplement collagen in our late 20s and early 30s.
Kalau ada duit banyak okla kot amik staring mid twenties. prevention is better than cure kan.

Ok, bila dah rasa dah time kena amik, kena tau pulak jenis dia.

Collagen Type apa yg perlu kita ambil?

Collagen ade baanyak jenis actually.
Yang untuk kulit ialah Type I and Type 3.
Type 2 ialah untuk our cartilage/joints dekat lutut, siku atau buku lali kaki.


So Type 1 & 3 tadi yang untuk kulit, muscle, kuku, rambut dan kesihatan tulang.

So make sure cari yg Type 1 & 3.

Collagen ni datang(source) dari mana?

Collagen boleh datang dari
1. Ikan (Marine collagen)
2. Lembu (Bovine Collagen)
3. Khinzir (Porcine Collagen)

Di Malaysia mostly saya pasti collagen adalah dari sumber marine.
Tapi kalau tengok collagen yang dari US, lebih banyak Bovine sebab most people tak suka bau hanyir ikan. So kena tengok betul2 jenis collagen apa yg tulis kat botol.

Tapi saya perasan collagen oversea lebih transparent on mana dia amik source collagen dia. You can easily see from the description on the bottle. Tapi collagen di malaysia mostly hanya tulis colagen sahaja. So taktau marine or bovine.

Berapa banyak nak kena ambil sehari?



Boleh refer link ni.

Minimum 5000mg/5g maximum 30000mg/30g sehari.


Apa brand collagen yang ada dekat pasaran?

OK di pasaran ada banyak jenis collagen, sometimes collagen ni adalah marketing name untuk supplement kecantikan kulit.
Ada oversea punya, Malaysia punya.
Yang Malaysia punya,
ada yang dijual di farmasi, Watson/Guardian,
ada jugak yang dijual dekat kedai/kiosk jamu.

Kalau rajin meh tengok beberapa yang saya search di website iHerb. Actually banyak je lagi dekat Amazon semua, tapi kita narrow down lah ok.

1. California GOLD collagen



Sekarang rank no 1 di iHerb ialah California GOLD collagen.
Kalau boleh zoom the 2nd photo, its a marine collagen, 
Sourced from:  Fish (One or more of the following: Cod, Haddock, Hake & Tilapia).

2. Neocell Super Collagen C


Yang ni pun highly rated, source dia takde pulak tulis di botol, tapi melalui research internet, dia ialah bovine collagen.
So bovine collagen ni memang tidak consider lah sebab lembu US sembelih keee?

3. Sports Research Collagen Peptides


Ini pulak famous dikalangan orang yang active bersukan Collagen Peptides from Sports Research, ranking agak baik di iHerb tapi bovine collagen jugak.


Counterpart nya ialah this one, from the same brand, 
Source : Hydrolyzed marine collagen peptides [from non-GMO verified, wild caught pacific snapper).

Kalau korang notice, dekat botol memang akan clearly state,
berapa jumlah content, source collagen dengan detail, ikan jenis apa, bahagian ikan yang mana, ikan tangkap kat mana, ikan bela ke ikan liar. 
So kita pun rasa convinced sikit la. 

Contoh macam ade sesetengah orang tak makan ikan tilapia sebab ada yang di farmed secara besar-besaran di China and dibagi makan pallet or benda2 tak elok. So that's why some manufacturer akan declare oh ikan dia tak farm, dia caught wild fish from this and this ocean. 

Camtu sekali ha punya detail, betul tak betul tak tau tapi diorang memang kena declare, USFDA regulation.

Itu US punya.

OK yang Malaysia punya pun ada macam2 jenis collagen. Tapi macam saya cakap most collagen di Malaysia ni guna nama Collagen sahaja tapi ingredient mainly more to berries and antioxidant. Collagen maybe small part of the product. Ada yang memang takda langsung collagen. Collagen is merely a marketing name.
Kalau tak percaya boleh compare collagen luar negara yang saya list dekat atas ni dengan collagen2 Malaysia macam Qu Puteh dan Aura White.

Sebagai contoh ini Pure collagen dust yg sy amik 10 tahun lepas. Memang pure marine collagen dibuat dari sisik dan tulang ikan. Tak campur apa2. Memang rasa ikan. Most collagen US mcm nilah, main ingredient ialah collagen, and tambah benda2 lain macam Vitamin C and anti-oxidant yg lain.



OK first kita tengok off the shelf punya collagen. Maksudnya yang kita boleh dapat di Watson/Guardian.

1. BEAUXLIM Collagen Mix with Pomegranate



Tengok content dia, 
 Pomegranate Juice Powder, Grape Juice Powder, Blackcurrant Juice Powder, Fructose, then baru dia mention Marine Collagen Powder (Fish) and yadayada....

2. Kinohimitsu Diamond Collagen Drink


Lychee Juice, Fructose, Collagen (Fish), Apple Juice, Citric Acid etc..

So nampak beza kan, ingredient dia more to berries instead of the collagen itself.

OK sekarang kita tengok collagen yang dijual dekat kedai/kiosk jamu pulak. Yang ni yang paling ramai orang tahu dan guna.

1. Aura White

\

Actually Aura White ada macam-macam jenis.
Saya just grab yang ni la sebagai contoh,
Content:Berry, Berry Berry Berry...Collagen.Berry...
(update: yang ni mmg product itu sendiri tak guna nama collagen)


2. Secret Skin White (Yang Jihan Miskin dan Dr Halina pakai)




Yang ni nampak best sikit sebab clearly tulis Hydrolyzed Salmon collagen. 
Walaupun first time dengar. Sebab kalau US/UK punya collagen pun selalu dengar cod.haddock, pollock etc, belum pernah pulak dengar salmon, bukan ke salmon mahal? 
tapi price pulak RM120 boleh dapat 2 botol so sis suspicious sikit.


3. Qu Puteh


Diorang claim Qu-Puteh ni berbeza dari yang lain sebab dia ada Argan.
Sis penat pulak nak research apa kebaikan Argan, 
Tapi tak perasan ada collagen tak dalam ingredient, yang ni sis xsempat belek kat kedai. Google gambar ingredient dpt gambar atas ni je. Nanti sapa2 tolong clarify kan boleh?
(update: yang ni mmg product itu sendiri tak guna nama collagen)


4. K-Colly Sweet 17



Ok yang ni claim ada hydrolized marine collagen ,hyaluronic acid, l-glutathione and of course segala mak nenek berry tadi.

Ok so sekarang korang notice tak apa beza produk collagen oversea, product collagen Malaysia off-the shelf, dengan produk collagen kedai jamu?

Kenapa Malaysia punya banyak berry, fruit juice, seed, tapi US punya tak ada?

OK, ni saya rasa lah, collagen US tu memang collagen betul lah, tapi Malaysia punya collagen ni lebih focus kepada anti-oxidant, thats why banyak berry fruit juice la seed la apela semua ni.
Berries kan memang banyak anti-oxidant.
Kalau tengok Dr Halina review Kawaii Collagen pun dia lebih review tentang anti-oxidant, bukan collagen. 

Boleh baca kat sini.

Detail explanation dia tentang free-radicals

So bagus ke tak anti-oxidant?
Mestila bagus, and memang dia boleh membantu sihatkan kulit juga. Dan dia juga lebih kepada pencerahan.

So totally different lah dari collagen. Sebab collagen ni lebih kepada, kesihatan kulit yang lebih ke anti-penuaan.

Satu lagi product yang anti-oxidant ialah Glutathione. Korang pernah dengar kan, orang suruh ambil pil glutathione untuk cantikkan kulit.
Tapi diorang pun ada cakap yang Glutathione kena ambil dengan Vitamin C baru berkesan. 
Berkesan untuk apa? Untuk cerahkan, sebab anti-oxidant tugas dia untuk protect kulit, tapi Vitamin C yang berfungsi sebagai agen pencerah.
Collagen pulak, melambatkan penuaan, repair kulit, kuku,joints.

So dalam macam-macam jenis ingredient yang ada, ingredient mana satu yang paling penting untuk kita pilih product collagen yang bagus?

OK ini terpulang kepada korang nak apa. Korang nak jaga kulit je ke, cerahkan kulit je ke, atau nak lambatkan proses penuaan.
So for me personally, saya memang nak cari collagen, so saya make sure dia ada

1. Hydrolyzed Collagen
Macam saya cakap tadi, minimum 5g/5000mg sehari.
2. Hyaluronic Acid
120-240mg sehari,
3. Vitamin C
For adult women, 75mg sehari je dah cukup untuk kegunaan harian, tapi untuk mencerahkan, mungkin lebih sikit.

Tiga ni paling penting. sebab Collagen akan dapat diserap lebih effective dengan Vitamin C. Hyaluronic Acid sebab dia akan nourish collagen tu.

4. L- Glutathione

kalau ada glutathione tadi pun ok, tapi kalau dah banyak berry berry semua tu rasanya dah serve the same purpose. (Correct me if I'm wrong ya)

Tapi macam biasalah, kalau beli product collagen ni mana-mana pun akan suruh kita minum air banyak, kurangkan gula/garam dan caffeine.

Kenapa? saya akan buat satu blogpost lain berkenaan dengan effect caffeine. Sebab panjang.

So saya rasa mungkin lah kenapa K-Colly 17 berkesan dekat saya masa last time saya cuba dulu, sebab dia ada semua 3 ingredient yang saya list kat atas tadi. Mungkin lah kan. 
Just that saya tak berapa prefer lagi sebab dia tak declare marine collagen dari ikan apa and berapa banyak content hyaluronic acid, vitamin C and ingredient dia yang lain.

So sekarang saya nak cuba yang lain pula, and sekarang saya memang nak cari yang pure collagen sebab lagi satu factor ialah saya bersukan, memang collagen perlu untuk org yang bersukan for joint and muscle heath especially those in their 30s. Yang kebanyakan jual di Malaysia mostly untuk kulit sahaja.
So hopefully I can find one that suites me.

Kalau saya jumpa, saya akan cuba and bagitahu experience saya disini nanti.

For further reading boleh tengok dekat semua link dibawah ni.

Ada je yang claim, kalau kita makan dengan sihat tak payah pun ambil collagen supplement semua ni. So terpulang kepada diri masing-masing ye. Know what you want and need for your body. Baca dulu fikir pros and cons and then decide.

References:

https://www.xtend-life.com/blogs/supplement-ingredients/l-glutathione
https://www.harpersbazaar.com/uk/beauty/skincare/a19701339/do-collagen-drinks-work/
https://www.beautifulwithbrains.com/truth-collagen-drinks-work/
http://www.theskinpharmacy.com/blog/do-collagen-drinks-work
https://www.self.com/story/collagen-supplements
https://www.renewalliance.com/blogs/i/7-tips-for-buying-the-best-collagen-supplement
https://www.drkellyann.com/all-about-collagen/much-collagen-take-daily/


13 comments:

Anonymous said...


Assalamualaikum,

kawan saya ada jual supplemen kolagen dalam bentuk tablet, lebih kepada untuk joints. Boleh google UMOODA. Saya tak jual, rekemen saja.

Unknown said...

What a good review. Keep writing ya.!!

Anonymous said...

Hi sis ..thank you for your good writing.mind to share what kind of collagen you use now? Thank u dear

Unknown said...

Suke pnulisan u....lps ni wat review ag

Nadira R said...

Thanks sis! Sekarang I amik yg Sports Research Marine Collagen tu. But that’s more for joints/cartilage care (sports recovery/protection). Taktau la if can also benefit on my skin or not. Baru half a bottle, Still too early to tell.😁

Nadira R said...

Tq for the suggestion. Will look into it😊

Nadira R said...

Thank you 🙏🏼. I’m not even sure there are people reading😅

Nadira R said...

Hehe tqq. Tak tau nak review apa lagi😅😅

Rachel Ng said...

Terima kasih utk info ini. apa kata dengan ini?

<a href="http://www.coachderick.com/collagen-plus-powder”>

Anonymous said...

I do enjoy your review and writing. Plus, I must say I'm totally impressed coz you do your research. I gained lots of information from here. Keep up the good work and I thank you.

Nadira R said...

Thankyou!

Amelie Parker said...

Thanks for sharing such a nice blog. Here you get the best skincare products reviews with all description.

Yatt said...

Sis.. Actually yg minum kawaii collagen tu nama jihan muse, bukan jihan miskin.. Hehe

 

dyazStuffs Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Online Shop Vector by Artshare