Sunday, January 22, 2017

Trend Kahwin Simple, Simple kah?

*Saya tulispost ni in January tapi at the time belum kawin, so malas pulak nak post for some reason. so tunggu dah kawin ni July baru post.😅 Tapi sy post still ikut tarikh January.

Kebelakangan ni rasa macam banyak dah orang post majlis kawin 'simple' katanya. I'm not against kawin simple, I'm a HUGE fan sebenarnya. Massive fan kalau ada sesapa yang berjaya pull off majlis kawin simple ni.
Tapi majlis kawin kat Malaysia ni terbahagi kepada 3. Majlis nikah+Majlis sanding perempuan+Majlis bertandang(i.e.majlis sanding belah lelaki) 
And maksud 'simple' ni pulak apa? 
Yang saya cakap respect ni, kalau dia buat simple tu as in KESELURUHAN simple. Cost pun secara keseluruhan lebih murah dari selalu orang buat. Bukan nikah je simple tapi sanding besar2an, atau bertandang je simple, tapi belah pempuan dah buat besar2an. So keseluruhan tak simple jugak lah namanya. Sebab cost dah lebih ke salah satu dari 3 majlis tadi.😅

Saya ambil beberapa contoh yg kita pernah tengok sebelum ni, yang saya telah research aka stalk serba sikit tentang kedua dua pasangan di media sosial masing-masing. 

1. Saufy & Rozana, 


Diorang ni yang buat majlis makan2 dekat Red Bungalow ala2 rock and roll theme, both pakai Tshirt hitam je. Memang sempoi habis. Makan minum dalam cawan/pinggan kertas. So semua org puji majlis tu simple dan unik. 

Bawah adalah gamba majlis nikah.



Comel gila Rozana ni 

Tapi bila tengok balik, majlis diatas tadi hanya untuk kawan2 je. Hanya org muda-muda yang datang. And if im not mistaken Saufy ni seorang penulis so dia ada kawan/follower yang ramai. So, org2 tua xde dlm majlis tu. Most probably orang tua2 dan saudara mara datang masa majlis nikah yg diorg buat proper sama mcm org lain buat. 

Saya masukkan Saufy dalam list sebab beberapa kali si Saufy ni up video kawin dia dan bangga cakap majlis dia simple dan unik. 😅But if you are one of his follower korang boleh faham la kan Saufy ni personality dia memang gila-gila sikit. haha.
Bagi saya unik yes. Tapi simple dan murah, rasanya tak kot. Kambing Golek je dah berapa cost dia. 
So tidaklah termasuk dalam kategori SIMPLE. dia masuk dalam kategori majlis kawin unik/rare.

2. Shazwani dan Shahiran, 

And then pasangan ni yang pakai baju Melayu dan Baju Kurung moden warna Gold (Bronze?) and the bride bawak handbag masa majlis bertandang. Semua orang cakap simple nya majlis kawin dia, cantik pulak tu. 


And sekali lagi, 

itu majlis bertandang, 😅 



Majlis nikah belah perempuan dah buat betul2 dah, tidak jugak simple, ada baju pengantin siap lace semua, make up mcm pengantinlah dengan contact lense grey, pelamin semua siap. 
Pelamin moden ni, walaupun simple, tapi ada cost juga. Kerusi, lampu, carpet, kain backdrop, pasu bunga, bunga2an lagi. Yang tak best dia siap post dalam instagram (kalau saya tak silap) tentang majlis simple dia is better than others yang tak buat macam dia.
Tapi yang kesimpulannya, x simple mana juga...ada yang lagi simple dari ni awak. So saya ada sikit rasa tak best sebab dia dah buat benda bagus dekat majlis lelaki, tapi macam downgrade orang lain yang xdpt buat  benda sama(majlis simple)...😅

And lastly yg paling latest, 

3. Ezaura dan Fadzli.

Ini couple yang cerita betapa kelakar nya pembuat pelamin tak sihat, so dari situ diorang rasa xmau pakai lah baju songket yang dah disewa, so pegi beli baju lain untuk buat majlis bertandang simple nih. So si husband pakai baju Melayu, wife beli jubah baru, tudung 10RM. Takde mekap tebal, simple je, contact lense kaler je skit.

Taaapiii tengok diorang ni punya majlis nikah & sanding belah perempuan, lagi best dari Shazwanie & Shahiran td.
Majlis sanding diorang ialah tema dalam taman siap dengan Dulang Boys, Bridesmaid semua.



Majlis nikah






Gambar2 majlis sanding

Cantik gila kott baju reception diaa, and baju nikah color tiffany blue. Pengsan. Memang cantik.

So So So..kat mana simple diaaaa.*nanges*

Okla, 

Yang Saufy & Rozana tadi mungkin dia tak claim majlis kawin dia simple dan cost rendah. Tapi semestinya UNIK.
So maybe si pengantin lelaki boast on the Uniqueness of his majlis. Okla.

Shazwani & Shahiran / Ezaura & Fazli diorang boast majlis kahwin simple, tapi sebenarnya majlis bertandang sahaja yang simple. Tak berapa pasti dengan capacity majlis belah perempuaan Shazwani & Shahiran sebab tak banyak gambar mungkin juga bilangan jemputan xramai, tapi majlis Ezaura & Fazli secara keseluruhan memang tak simple langsung. 

Itu je point saya buat post ni, sebab semua pasangan ni viral dengan tajuk 'Majlis Kahwin yang Simple' or at least is implying that majlis diorang simple dan cost savvy. And ramai yang comment dan memuji bagus buat macam ni, tag pasangan masing2 etc.
Which is for me not really true in reality sebab their majlis tidak secara keseluruhannya simple dan berkos rendah.

Then kenapa wedding diorang viral?

Sebab pengantin perempuan nya cantik.  Plus diorang ni orang yang 'ada nama' juga. Saufy ada ramai follower dia sendiri dalam arena penulisan indie. Shazwanie model sambilan yang memang ada ratus ribu follower di Instagram dan Ezaura staff Astro. 
And majlis bertandang diorang ni jenis yang simple tapi tak nampak cheap, and instagram/facebook worthy.So ramai orang suka. 



Kalau nak tengok yang betul-betul simple, saya jumpa dua ni. Banyak lagi saya percaya, cumanya tak viral lah.

2. Amirul Asnawi & Shuhada Sobry

Ini baru betul simple, nikah +doa selamat. Baju biasa2, majlis biasa2, takde pelamin, takde majlis pun rasanya.
Diorang pun viral tapi rasanya  tak sefamous yang lain2 tadi.

1. Fadhil Mohd Isa & Siti Norazlin Salim

Setakat ni, ini yang paling betul simple dan cost murah.
And bila saya tengok ada majlis macam ni, saya nak tahu siapa pengantin perempuan dan parents pengantin perempuan.
Yang memang cool gila, dan setuju dengan majlis macam ni.




Sebab saya faham, selalunya perempuan susah sikit nak conform untuk majlis kawin simple sebab itulah satu2 hari diorang dapat jadi perempuan yang paling cantik. Setiap perempuan at one point akan ada dream nak jadi princess and hari kawin ialah hari yang diorang boleh rasa jadi princess for a day.
So most of us akan teringin nak pakai baju warna yang disukai, design yang disukai, pelamin yang diidam kan.
The fact that seseorang perempuan tu sanggup lepas kan satu2 nya saat dia boleh jadi princess for a day memang buatkan saya respect.

Dan parents pulak, bila parents tu sanggup tak panggil ratus2 kawan2 lama dan saudara mara  untuk majlis kawin anak, atau takda isu jaga air muka atau sebagainya, memang saya sangat2 respect.
Serious kalau saya jumpa mak ayah pengantin perempuan ni, memang saya akan amik gambar dengan diorang, Diorang mempunyai pemikiran yang sangat bagus yang saya harap semua parents lain ada.

Tapi macam saya cakap mungkin tak ramai yang suka sebab tidak Instagram worthy. Mungkin ramai lelaki yang setuju tapi  untuk perempuan dan ibu bapa. Susah sikit. Sebab kalau pun mungkin pengantin perempuan setuju buat simple, dia still nak splurge untuk pakaian dia dan photographer. Sebab perempuan memang agak sentimental sikit dan nak kan kenangan kahwin jadi sesuatu yang istimewa yang dia boleh ingat sampai bila2.

Parents pulak, dari segi bilangan jemputan lah. Kebanyakan nak jemput semua orang yang dia kenal kalau boleh. Selalunya nak pleasekan orang ramai, atau risau orang akan mengata.


So kesimpulannya, Tak senang untuk kita lawan keinginan untuk melawan arus, untuk lari dari apa yang dah terbiasa, walaupun for a good cause. And wedding is not only about us, it involves family and that make it even harder.
Thats why saya respect kepada yang berjaya dan kurang gemar kepada yang claim dia berjaya tapi sebenarnya.. not quite there. Even saya pun inginkan majlis kawin simple, but kalah kepada keinginan ibu bapa dan ada sebahagiannya kalah kepada keinginan sendiri juga.

Itu cerita untuk kemudian.

harap in the future, akan ramai yg cuba buat majlis sesimple mungkin. 
Sebab yang lebih penting kan the marriage itself, not the wedding.

No comments:

 

dyazStuffs Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Online Shop Vector by Artshare